VIDEO SERAM






 

    Hai semua..hari ini saya kongsikan Video Seram bagi kursus Multimedia dalam Bahasa dengan bimbingan Prof Normaliza Abd Rahim. Rakaman video ini kami lakukan di kawasan kolej dan rumah kerana tidak semua ahli kami menetap di kolej. Jadi, kebanyakan babak yang kami lakukan adalah berbeza tetapi masih lagi sesuai dengan penceritaan video tragedi. Bagi video utama dalam cerita seram ini, kami lakukan di aplikasi ZOOM Meeting untuk memperlihatkan lagi susana seram diganggu ketika mengikuti perbincangan atas talian bersama ahli kumpulan. Walaupun perlu lakukan banyak kali rakaman dan penat kami tetap seronok kerana kerjasama dan komitmen yang diberikan ahli kumpulan sangat memuaskan. Masing-masing bersungguh dan berusaha untuk memperlihatkan lakonan masing-masing iaitu sebagai watak dirasuk, diganggu makhluk halus dan sebagainya bagi menjayakan rakaman video ini. Oleh itu, saya berharap anda semua terhibur dan seronok menonton video rakaman kumpulan kami ATMA PEWIRA PRODUCTION.

Sekian..


KEHADIRAN 1/6/22



No comments:

Post a Comment