VIDEO LAGU


 DUA INSAN





Hai semua..hari ini saya kongsikan Video Lagu bagi kursus Multimedia dalam Bahasa dengan bimbingan Prof Normaliza Abd Rahim. Rakaman video ini kami lakukan di kawasan kolej dan rumah kerana tidak semua ahli berada di kolej. Namun, suasananya masih lagi bersesuaian dengan lagu kami rakamkan iaitu  Dua Insan nyanyian M. Nasir dan Yunizar Hussien. Meskipun perlu lakuakn banyak kali rakaman, kami tetap seronok kerana kerjasama dan komitmen yang diberikan ahli kumpulan sangat memuaskan. Masing-masing sukarela memberi pendapat dan pandangan serta idea bagi menjayakan rakaman ini. Antaranya ialah tentang penggunaan bunga ros sebagai alat kesinambungan video kerana masing-masing berada di kawasan berbeza. Editor juga menunjukkan kepakaran mereka dalam mengedit video dan akhirnya menghasilkan video yang menarik dan sempurna. Saya ucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan usaha para ahli dalam menghasilkan video yang sempurna ini walaupun mungkin ada kekurangan sedikit. Oleh itu, saya berharap anda semua terhibur dan seronok menonton video rakaman kumpulan kami ATMA PEWIRA PRODUCTION.


SELAMAT MENONTON!


KEHADIRAN KULIAH GANTI 25/4/22 (26/5/22)



No comments:

Post a Comment