ONE SHOT THREE LAYER



Hai dan assalamualaikum semua..hari ini saya kongsikan video One Shot Three Layer bagi kursus Multimedia Dalam Bahasa bersama Prof Normaliza Abd Rahim. Video ini menggunakan lagu Bawaku Pergi nyanyian oleh Zizan Razak dan Kaka Azraf di bawah syarikat Warner Music Malaysia.  Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli kumpulan kerana masing-masing meluangkan masa, idea dan tenaga dalam menjayakan rakaman ini. Hampir seharian kami merakam video ini kerana terdapat banyak kesilapan yang tersengaja dan tak tersengaja yang tidak dapat dielakkan berlaku. Ada yang tergelak, mengacau, tak ingat lirik, lupa babak masing-masing dan sebagainya. Namun, syukur akhirnya kami sempat juga siapkan sebelum maghrib πŸ˜‚πŸ˜„ tambah... tunggu bas dekat setengah jamπŸ˜‘..apapun saya seronok sebab masing-masing rasa terhibur dan berpuas hati dengan usaha yang diberikan.

Selamat menonton!



KEHADIRAN 18/5./22






No comments:

Post a Comment