ELEMEN ASAS GRAFIK


GAMBAR DARI INTERNET

Warna 

Warna yang digunakan dalam gambar menunjukkan suasana ceria yang bersesuaian dengan tema belajar atau alatan tulis. Sebagai contoh, warna ceria dan terang pada buku, pensil warna, kotak pensil dan sebagainya memberi semangat untuk belajar. Meskipun warnanya melebihi 4 warna, namun warna yang digunakan bersifat lembut dan ini menjadikan warna keseluruhan gambar tetap seimbang.


Teks 

Teks yang digunakan dalam gambar ini sesuai kerana perkataan ‘buanglah sampah’ memberi persepsi kepada pembaca bahawa gambar ini adalah tentang pembuangan sampah. Warna teks juga terang dan kontra dengan latar belakang keseluruhan gambar. Jenis gaya dan saiz tulisan juga bersesuaian dan besar. Ia sudah memadai untuk menyampaikan mesej kepada pembaca.

Mudah 

Gambar ini mudah difahami kerana ia menunjukkan gambar seekor kucing sahaja. Objek dibelakang atau kiri dan kanannya tidak menonjol kerana fokus utama adalah kucing tersebut. Keadaan ini dapat memberi kefahaman terus kepada yang melihat kerana mesej yang hendak disampaikan adalah tentang kucing.

Keseimbangan 

Gambar ini menunjukkan keseimbangan seperti ranting pokok pada bahagian atas memenuhkan ruang kosong langit dan liputi awan pada bahagian bawah menyeimbangkan suasana gambar. Begitu juga dengan kiri dan kanan gambar terdapat ranting dan pokok-pokok kecil meskipun tidak banyak pada bahagian atas tapi cukup menunjukkan gambar tersebut adalah seimbang.

Kesesuaian 

Gambar ini bersesuaian kerana terdapat buku, komputer dan alat tulis lain yang menunjukkan ruangan ini adalah ruangan kerja atau membaca. Aturan perabut yang padat pada bahagian kanan juga sesuai dengan suasana bilik kerana bahagian kiri terdapat patung dan kerusi yang memberi keseimbangan pada gambar.



GAMBAR DIAMBIL SENDIRI

Warna 

Warna yang digunakan dalam gambar ini tidak melebihi 4 warna, menjadikan warna pada gambar ini tidak terlalu serabut. Manakala warna hijau pada kuih tersebut juga memberi kontra pada gambar kerana warna latar belakang pada pinggan adalah warna putih. Oleh itu, kombinasi warna ini memberi keseimbangan pada suasana gambar.

Teks 

Gambar ini menggunakan teks yang sesuai dengan objek yang hendak dihuraikan. Warna dan saiz teks juga bersesuaian iaitu besar dan terang yang mana dapat menarik pengguna untuk membeli. Sebagai contoh, perkataan 'value pack' pada gambar memberi persepsi bahawa barang tersebut mempunyai keistimewaan.

Mudah 

Gambar ini mudah difahami kerana ia hanya berfokuskan kepada kucing sahaja Tiada objek lain yang selain kucing tersebut dalam gambar.

Keseimbangan

Gambar ini menunjukkan keseimbangan kerana bahagian kiri dan kanan terdapat pokok dan sebuah rumah. Pada bahagian bawah pula terdapat lampu yang memenuhkan ruang kosong dan bahagian atas pula terdapat pokok besar yang rendang. Meskipun pokok tersebut nampak berat pada bahagian atas, namun warna kebiruan langit yang sedikit cerah memberi keseimbangan pada suasana senja pada gambar.

Kesesuaian

Gambar ini menunjukkan kesesuaian bagi pemandangan di kawasan air terjun. Contohnya terdapat aliran air terjun, batu-bata dan pokok-pokok di sekitarnya.



KEHADIRAN 30/3/22






















No comments:

Post a Comment