Ketika dan Kalimat

  

Bagi minggu ke 14 ini, pensyarah telah memberikan tugasan Ketika dan Kalimat iaitu kami perlu menceritakan  perasaan kami ketika mengikuti kelas Multimedia dalam Bahasa. 

Sepanjang mengikuti kelas ini bersama Prof Normaliza, banyak yang telah saya pelajari terutamanya mengenai asas multimedia. Berdasarkan rakaman video, tangkapan gambar, resensi buku dan sebagainya, apa yang saya dapat ialah saya mula memahami dan mempraktikkan apa yang diajar dalam kelas. Sebagai contoh, teknik dan cara merakam video dan mengambil gambar yang mana sebelum ini tiada langsung kepakaran. Namun, setelah mempelajari teknik tersebut, saya mula mempraktikkan apa yang dipelajari walaupun tidak keseluruhannya sempurna seperti profesional.

Selain itu, walaupun kelas yang dijalankan secara atas talian dan banyak kekurangannya, saya tetap bersyukur dan berasa seronok kerana setiap tugasan yang diberikan menjadikan saya untuk tetap sabar dan belajar sedikit demi sedikit sehinggalah saya berjaya menyiapkan tugasan yang diberi. Bantuan dan sokongan dari ahli kumpulan juga banyak mendorong saya untuk buat yang terbaik dan bersugguh agar setiap tugasan dilaksanakan dengan sempurna dan hasilannya juga memberansangkan. 

Di samping itu, melalui kelas ini juga saya dapat berkumpul dan meluangkan masa dengan ahli kumpulan yang saya jarang berjumpa dari semester pertama pengajian. Masing-masing mempunyai ragam dan kelakuan berbeza yang menyebabkan hubungan kami semakin erat walaupun ada yang pertama kali berjumpa.

Akhir kata, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Prof Normaliza yang banyak memberi tunjuk ajar dan kata semangat walaupun tak pernah nampak muka prof yang cantik tu dalam MEET😂😁.....tapi setiap minggu setiap kata yang diucapkan membuat saya lebih fokus dengan tugasan yang diberikan kerana saya tahu prof bersungguh mahukan kami A dalam kursus ini.

Itu sahaja daripada saya dan semoga berjumpa lagi💓💓💓

Sekian....


KEHADIRAN KULIAH TERAKHIR 1/7/22




No comments:

Post a Comment